Sunday, October 7, 2012

Papan Serbaguna (Inovasi sendiri)


Disediakan oleh : Alison Liaw, Kiew Jia Ying, Sii Ann Ling, Yii Hii Ping 


Papan serbaguna ini dibuat daripada ‘cardboard’  dengan lapisan plastic pada kedua-dua mukanya. Muka depan papan dihiaskan dengan kertas yang bercorak dan berwarna-warni. Manakalan muka belakang papan pula diletakkan kertas yang bergaris tiga.

            Papan ini dapat digunakan sama ada semasa pengajaran, permainan ataupun menggantikan kertas semasa memberi latihan pengukuhan kepada murid. Muka depan dapat digunakan untuk menulis perkataan atau melukis. Manakala muka belakang papan pula membolehkan murid menulis huruf pada garis.

            Kebaikan :
  1. dapat digunakan berkali-kali tanpa membazirkan kertas. (alas plastik pada kedua-dua muka papan dapat ditulis dengan pen marker dan dibersihkan menggunakan kain, pemadam atau kertas tisu)
  2. dapat digunakan semasa sesi pengajaran. Guru dapat menguji murid dengan meminta murid tulis huruf/perkataan yang disebut oleh guru. Daripada itu, guru dapat memerhatikan dan mengesan tahap penguasaan murid atau masalah yan dihadapi oleh sesetengah murid.
  3. meningkatkan minat murid semasa belajar kerana murid sememangnya lebih berminat apabila mereka terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya minta murid duduk dan dengar pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment